Malaysia Airlines dan Petron meraikan 20 pemenang pertama kempen TENtu Happy Ohsem Treats: Spend and Win.
Kempen itu menawarkan 500 pemenang hadiah istimewa yang mana berlangsung lima bulan sehingga November ini.
Setiap bulan, 10 pemenang hadiah utama dipilih di mana setiap pemenang akan menerima 50,000 mata ganjaran Enrich yang boleh ditebus untuk tiket penerbangan serta penginapan hotel dan wang tunai berjumlah RM500.
Selain itu, 90 pemenang akan dipilih setiap bulan untuk membawa pulang pakej penginapan, 22,000 mata ganjaran Enrich dan Petron Miles bernilai RM500, pakej kecantikkan kereta, beg bagasi serta minyak enjin Petron.
Kempen itu juga, Petron bekerjasama dengan jenama beg Condotti dan set kecantikkan kereta, Trapo.
Ketua Perniagaan Runcit Petron, Shaliza Mohd Sidek berkata, TENtu Happy ialah penghargaan kepada pelanggan setia dan sentiasa menyokong kepada jenama berkenaan.
“Bersama Malaysia Airlines, kami ingin memberi pelanggan kemudahan perjalanan yang terbaik sambil mencipta kenangan manis bersama orang tersayang.
“Kerjasama dengan Enrich ini, kami berharap ia dapat menawarkan lebih banyak ganjaran,” katanya.
Semua pemegang kad Petron Miles akan menyertainya secara automatik bagi setiap pembelian bahan api sekurang-kurangnya RM50.
Untuk menyertainya, pelanggan hanya perlu meleretkan kad Petron Miles ketika membuat pembayaran bahan api.