Mahu jual Yamaha RX-Z RM17k, bila tengok keadaan motor tepuk dahi…

86765

Seorang pengguna Facebook bernama Mohd Firdaus berkongsi ingin melepaskan sebuah motosikal RX-Z di grup Warga Kuantan OFFICIAL.

Yamaha RX-Z berwarna putih dengan imej Bibendum di sisi tangki itu ingin dilepaskan pada harga RM17,800 termasuk caj pindah nama pemilik baharu.



“Jualan cuci tangan, sebuah jentera harta karun untuk dilepaskan..jualan tak urgent..ada rezeki ada la yer.

“Tahun pengeluaran 1995, Yamaha RX-Z Millenium, model rare, kondisi 65 peratus original,” tulisnya.

Jentera bersesaran 133cc itu menggunakan blok-y-1 dengan nombor plat tiga digit. Menurut pemilik cukai jalan masih sah digunakan.
 
 
Bagaimanapun selepas melihat kondisi motosikal berkenaan netizen meminta pemilik memikirkan semula harga cadangan tersebut.
 
Berdasarkan imej yang dikongsi, boleh dilihat kondisi RX-Z tersebut tidak menjalani restorasi. Beberapa bahagian badan sudah berkarat dan pelana yang koyak berbalut plastik dan kain.
 
Bagi pemilik baharu yang berhajat membeli RX-Z berkenaan perlu mengeluarkan wang besar untuk proses restorasi. 
 
“Tu dia harga 17k. Nak baiki lagi, banyak kos. Kalau RM17k cantik akupun nak.”
 
“Harga kepala ACIK dia..baik cari yang dah siap restore..sedap mata memandang.”
 
“Ingatkan seribu tujuh ratus lapan puluh sen tadi.”
 
“Harga boleh bikin stroke tahap 5.”
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

1 KOMEN

  1. Salam sejahtera dan selamat malam komen saya kepada motoqor. Yang akan datang model lebih canggih dan menarik yang sekarang pun begitu memuaskan mata bila dipandang

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here