Penduduk Cheta rayu turap jalan sejauh 1km

820

Penduduk kampung di Chetok, Pasir Mas, Kelantan merayu agar segera menurap jalan alternatif sejauh 1km yang menghubungkan Kampung Kepas ke Kampung Simpul.

Laluan alternatif sejak 23 tahun lalu itu membahayakan penduduk setiap kali menggunakan jalan tersebut untuk urusan harian termasuk menghantar anak ke sekolah.

Wakil penduduk, Zakaria Mamat, 62, berkata selain penduduk laluan itu turut digunakan oleh murid untuk berulang-alik ke Sekolah Kebangsaan (SK) Kepas kerana jarak yang dekat dan menjimatkan masa perjalanan.



“Kami banyak kali membuat aduan kepada penghulu mukim, bila aduan diterima mereka akan datang melakukan kerja-kerja membatu. Jadi perkara itu tidak membantu menyelesaikan masalah.

“Bila hujan, laluan ini akan menjadi becak dan berlopak sekali gus mengundang bahaya kepada penduduk,” katanya. 

Situasi itu bertambah teruk sejak dua bulan lalu susulan hujan lebat berlaku hampir setiap hari.

Justeru itu, penduduk memohon pihak terlibat untuk menurap laluan itu dengan kadar segera bagi memastikan keselamatan penduduk.

Seorang lagi penduduk, Nazri Jusoh, 62, berharap kerja-kerja menurap dapat dilakukan dengan secepat mungkin.

“Kami sudah tidak sanggup lagi untuk berdepan bahaya setiap kali menggunakan laluan ini terutama pada waktu malam.

“Hal ini kerana sukar mengagak ke dalaman lopak terutama waktu hujan,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here