Skyworth lancar HT-i guna teknologi BYD

947

Skyworth HT-i dan kereta elektrik (EV) Skyworth EV6 rasmi diperkenalkan di China.

Skyworth merancang menjual 30,000 kenderaan tahun ini termasuk 4,000 di pasaran luar negara.

Skyworth HT-i dijual pada harga antara ¥149,800-199,800 (RM97,072-RM129,473) manakala EV6 pula berharga antara ¥199,800-272,800 (RM129,473-RM176,778). 



SUV tersebut memiliki panjang 4,720, lebar (1,908mm) dan tinggi (1,701mm) bersama jarak roda 2,800mm. Bingkai tingkap dan skirting sisi disematkan dengan warna krom yang kemudian dilengkapkan dengan rim aloi aluminium 5-jejari.

Fascia depan yang lebar dipadankan dengan lampu utama berbentuk ‘T’. Lencana ‘Skyworth’ dibentangkan antara lampu belakang merentasi sepanjang but belakang.

Dalam kabin ditawarkan dengan panel instrumen 12.3-inci dan skrin infotainmen 12.8-inci dengan ketersambungan solusi rumah pintar daripada Alibaba dan Huawei.

Ciri peralatan lain yang ditawarkan sistem amaran keletihan, sensor parkir belakang, masuk tanpa kunci dan penghidup alat kawalan jauh.

Dari segi keselamatan, kereta berkenaan didatangkan dengan fungsi bantuan pemandu misalnya Amaran Tukar Lorong, Amaran Kekal Lorong, brek automatik dan kawalan kruise adaptif.

Skyworth HT-i dikuasakan enjin 1.5 liter aspirasi semulajadi dan sistem motor elektrik hibrid.

Kereta berkenaan menawarkan dua pilihan pek bateri iaitu 21.68kWh dengan pemanduan elektrik penuh sejauh 115km dan 32.76kWh (205km pemanduan elektrik penuh).

Dengan pengecasan pantas, isian bateri 30 hingga 80 peratus mampu dilakukan dalam tempoh 25-30 minit manakala pengecasan biasa 1.6-3 jam.

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here