Kisah seram melibatkan bekas tapak stesen minyak terletak di Salor, Kota Bharu, Kelantan hangat diperkatakan di media sosial.
Ada individu yang mendakwa pernah terserempak beberapa kenderaan berhenti mengisi minyak di stesen terbiar berkenaan bahkan ada yang kelihatan seolah-olah sedang membayar untuk mengisi minyak.
Pemilik Facebook Yusal Mastura Yusoff berkongsi stesen minyak tersebut sudah lama tidak beroperasi.
“Memang pelik bila lalu dua tiga kali tengok orang masuk macam tengah isi minyak sedangkan Caltex dah lama tutup atau dekat-dekat Maghrib pun ada juga kereta masuk.
“Memang nampak dua tiga kali dah juga, orang parking macam nak isi minyak, ada kemungkinan orang jauh kalau orang dekat-dekat dah tahu semua dah pam minyak tu dah lama tutup, takut..seriau bulu roma,” tulisnya.
Perkongsian itu menerima sebanyak 5,900 perkongsian dengan 4,800 komen. Ada juga netizen yang berkongsi pengalaman sedndiri.
Dua minggu lepas baru pergi. Lepas isi tengok minyak tak naik. Pusing balik nak tanya tengok tak ada orang, duit ada saja di situ.
“Saya pernah nampak satu family parking dan turun. Seolah pergi tumpang toilet. Keluar dari tempat tanpa panik. Wallahuallam mcm mana dia nampok keadaan sebenar,” kongsi Maryani Aziz.
“Sepupu saya terbabas depan stesen Salor ini ternampak benda melintas jam 4 pagi. Nak elak tapi tak ada pun. Balik terus demam,” kata Syaza Liyana.
“Dua minggu lepas baru pergi. Lepas isi tengok minyak tak naik. Pusing balik nak tanya tengok tak ada orang, duit ada saja di situ,” kongsi seorang lagi pengguna Facebook.
Selain itu ada juga yang berkongsi cuba mengisi angin tayar di stesen tersebut tetapi tidak berjaya selepas menyedari kisah berkenaan.
Bagaimanapun, menurut netizen stesen minyak tersebut sudah lama tidak beroperasi namun kemudahan seperti surau dan tanda masih dibuka untuk kegunaan orang awam.
“Actually pam minyak ni dah lama tutup tapi surau dan tandas masih dibuka untuk orang awam.”
“Surau dan tandas masih beroperasi , pam minyak sahaja tutup , mungkin orang parking dekat tempat pam untuk solat dan ke toilet lah kut.”
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar