Utama Berita Automotif Juruterbang disahkan maut dalam nahas helikopter

Juruterbang disahkan maut dalam nahas helikopter

1023
Juruterbang sebuah helikopter yang terputus hubungan dengan menara kawalan semalam disahkan maut, kata Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri.
Gambar hiasan model Eurocopter EC120B yang dipercayai terhempas
 
Mangsa yang terputus hubungan dengan menara kawalan semalam, ditemui sekitar Bidor pada jam 8.20 pagi tadi.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, pasukan penyelamat sedang berusaha membawa keluar juruterbang ke Hospital Ipoh.
 
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, SAR dijalankan di kawasan dalam 5km radius dari lokasi terakhir helikopter mangsa dikesan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC).
 
Helikopter yang dikendalikan seorang juruterbang dipercayai bukan warga tempatan itu berlepas dari Subang pada jam 11.37 pagi dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di Ipoh pada jam 12.37 tengah hari.
 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here