Penamaan kereta kadang-kadang mempunyai maksud signifikan, dan ada juga yang diberi dengan agak rambang. Uniknya, ada juga nama kereta dengan nama wanita.
Berikut adalah 10 kereta dengan nama wanita.
1. Nissan Silvia
Tiada pertandingan drift yang sempurna tanpa nama Silvia. Begitulah sinonimnya nama Silvia dengan acara berasal dari Jepun itu. Ia bermula pada 1960-an apabila Nissan mahu membina sports coupe edisi terhad. Hanya 554 unit dibina pada masa itu. Tetapi siapa tahu kini ia menjadi begitu popular dengan begitu banyak kereta casis-S dalam sukan drifting.
2. Toyota Carina
Ia berkongsi casis yang sama dengan Celica TA22, cuma ianya empat pintu. Untuk mereka yang ingin tahu, Carina sebenarnya ialah buruj. Sedan ini dikenali dengan prestasi dan ketahanannya. Ia kemudiannya ditukar nama menjadi Corona seperti yang kita semua kenali.
3. Prince Gloria
Setelah Nissan bergabung dengan Prince Motor Company, dua model pertama mereka adalah Skyline dan Gloria. Gloria khas untuk sedan empat pintu. Malah, bakal Maharaja Jepun pada masa itu juga diberi hadiah Gloria pada 1959. Nama ini kekal untuk 11 generasi.
4. Darracq ‘Genevieve’
Ini bukanlah nama rasminya. Kereta ini terkenal kerana menjadi bintang dalam filem Genevieve, kisah dua pasang kekasih yang melakukan perjalanan “London to Brighton Veteran Car Run”. Filem itu meletup pada masa itu, dan Genevieve, kereta dalam filem itu membuatkan penonton menghargai kereta klasik. Sebelum fielm itu, memiliki kereta sebagai hobi adalah sangat asing.
5. Mia Electric
Ia adalah kereta elektrik bandar yang mula membuat kemunculan pada Paris International Motor Show 2008. Van comel ini mempunyai konfigurasi tempat duduk seperti McLaren F1; pemandu duduk di tengah dan penumpang di kedua-dua belah di belakangnya.
6. Austin Seven Ruby
Kereta ini dihasilkan pada 1922 hingga 1939 oleh Austin Motor Company. Ia meneruskan pendekatan Ford Model T, iaitu kereta yang murah untuk dihasilkan. Apa yang membuatkannya menarik ialah Nissan juga mula mengeluarkan kereta ini di bawah perjanjian bersama Austin. Jelas sekali, orang Jepun memang agak gemar menggunakan nama wanita dalam kereta mereka semasa memulakan industry mereka.
7. Mitsubishi Lancer Celeste
Kereta ini asalnya fastback dua pintu yang menggantikan FTO Galant di Jepun. Bentuknya yang seperti kapal angkasa sangat menyerlah. Di bawah hudnya ialah enjin Saturn dari Mitsubishi yang sangat popular. Di AS, kereta ini dikenali sebagai Plymouth Arrow.
8. Daihatsu Mira
Siapa yang tidak kenal dengan Mira? Inilah kereta yang mamat-mamat Kancil ingin convert kereta mereka. Nama feminin, namun bila Kancil turbo disalin jadi Mira, agak macho juga lagaknya. Nama Mira di Jepun bermula sejak 1980-an di bawah kategori kei car.
9. Mazda Carol
Di sesetengah tempat, kereta ini dikenali sebagai Suzuki Alto. Namun nama Carol bermula sejak 60-an. Memang kei car biasa mempunyai nama feminin, dan sesuai dengan karakter mereka.
10. Nissan Violet
Satu lagi dari Nissan. Violet mencipta nama dan kejayaan di litar ralli antarabangsa. Malah, kereta ini pernah menjadi kereta Nissan paling berjaya dalam World Rally Championship (WRC). Ia mendominasi Safari Rally dari 1979 hingga 1982. Anda mungkin juga mengenali kereta ini sebagai Nissan Stanza.