Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) meraikan jualan 100,000 unit trak pikap Mitsubishi Triton yang di Malaysia, baru-baru ini.
Sempena memperingati pencapaian penting itu, MMM syarikatmemberikan 100,000 KM diesel bernilai sehingga RM27,000 kepada pelanggannya yang ke-100,000.
Pemilik bertuah itu adalah Muhammad Faerus, kontraktor pemasangan panel solar di satu pengedar sahnya EON Auto Mart di Jalan Ampang.
Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda berkata, sejak Triton diperkenalkan di Malaysia, ia sudah terbukti sebagai satu trak pikap kegemaran di Malaysia dengan rupa lasak, serba boleh dan pengendalian yang baik.
“Pelanggan Triton datang daripada semua lapisan masyarakat/pemilik perniagaan, peminat ‘off-road’ dan pengguna gaya hidup.
“Kami juga ingin merakamkan penghargaan kepada komitmen kuat pengedar dan rakan niaga MMM yang sah, serta terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan rakan media yang mendorong mencapai kejayaan penting ini,” katanya.
Tahun lalu MMM menjual sebanyak 9,268 unit Triton atau peningkatan sebanyak 34 peratus berbanding 2020, serta mengekalkan pegangan pasaran kukuh sebanyak 22 peratus walaupun berdepan dengan pandemik dan persaingan sihat daripada pesaing.
Sementara itu, Mitsubishi Motors bakal menganjurkan pertandingan 100,000 Triton Ambitions Contest bermula 14 September ini yang terbuka kepada semua pemilik Triton.
Hanya perlu mengisi borang kaji selidik peraduan dan menyerahkan foto untuk satu atau keempat-empat kategori yang dipertandingkan membabitkan:
The Stylo King – Aktiviti riadah yang paling diingati bersama Triton
Tough Champ – pengalaman paling sukar pemilik bersama Triton
Extreme Adventurer – perjalanan jarak jauh yang tidak dapat dilupakan bersama Triton
Mod Hero – modifikasi Triton
Pemenang bagi setiap kategori bakal membawa pulang pakej diesel sejauh 25,000 km bernilai RM7,000 setiap satu.
Keterangan lanjut, anda boleh melayari www.mitsubishi-motors.com.my bermula 14 September ini.