#TahukahAnda: Ratu Elizabeth II kustom sendiri kereta jenazah Jaguar XJ, ini perinciannya….

3149

Ratu Elizabeth II mangkat di Istana Balmoral dan sebelum terbang ke London, kereta jenazah yang membawa keranda mendiang menuju ke Edinburgh bagi memberi peluang kepada rakyat Scotland memberikan penghormatan terakhir.

Di Scotland, kenderaan jenazah yang membawa mendiang Ratu Elizabeth II adalah Mercedes Benz limousin yang disediakan oleh Pengarah Syarikat Pengebumian Tempatan, William Purvee.



Susulan tertera nama syarikat pengebumian pada limousin berkenaan menyebabkan trafik laman web syarikat berkenaan sesak. Asalnya kenderaan itu berwarna perak namun dibaluti dengan warna hitam buat Ratu Elizabeth II. 

“Saya boleh mengesahkan bahawa van jenazah itu adalah salah satu daripada armada Mercedes-Benz E-Class warna perak kami yang dibalut dengan warna hitam untuk mematuhi protokol Diraja,” kata jurucakap syarikat tersebut.

NILAI SENTIMENTAL GUNA JAGUAR

Sementara itu, sebaik tiba di London keranda Ratu Elizabeth II dipindah ke Jaguar XJ yang diubahsuai oleh Wilcox Limousines.

Pereka kereta khas itu juga bertanggungjawab Jaguar yang digunakan pada acara pengebumian bonda Ratu Elizabeth II pada tahun 2002. Ini menjadikan pemilihan Jaguar pada acara perjalanan terakhir itu memiliki nilai sentimental. 

Kereta jenazah yang digunakan bonda Ratu Elizabeth II

Sedan Jaguar XJ berkenaan dikustom sendiri oleh Ratu Elizabeth II beberapa tahun lalu. Kereta jenazah tersebut menggunakan warna badan rasmi kenderaan Diraja, Royal Claret.

Kereta jenazah itu dibina mengikut spesifikasi baginda untuk membolehkan orang ramai melihat keranda tanpa gangguan.

Logo pada hud depan menampilkan patung gangsa bersalut perak St George yang membunuh seekor naga, seperti yang digunakan pada limousin Bentley negeri.

Kereta jenazah itu sentiasa berada dalam keadaan siap siaga sejak siap dibina untuk kegunaan rasminya hari ini. Manakala bahagian belakang menggunakan tiang yang lebih tebal dan mempunyai tingkap lebar di sepanjang sisi dan belakang.

Putera Philip pilih Land Rover Defender sebagai kenderaan jenazah

Bumbung kaca yang panjang dan tiga lampu sorot terang yang diletakkan sepanjang garisan bumbung kabin menerangi keranda atas lantai yang ditinggikan.

Sementara itu, mendiang Putera Phillip memilih menggunakan Land Rover Defender miliknya pada acara pengebumian tahun lalu. Trak pikap itu digunakan Putera Philip  semasa perkhidmatannya. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here