
Sejak kebelakangan ini harga jualan Yamaha RX-Z semakin tidak masuk akal sehinggakan anda boleh membeli sebuah kereta baharu.
Bahkan ada yang rela menukarnya dengan lot tanah bagi mendapatkan jentera roda dua yang dikatakan semakin ‘rare’ itu.
Jika ada yang melontarkan komen sarkastik akan dibalas dengan jawapan ‘demo dok kenal bare’.
Tetapi tidak bagi pakcik berbangsa Cina RX-Z yang cukup dikenali di Kuala Pilah ini yang menggunakan motor tersebut untuk berniaga.
Menerusi perkongsian akaun TikTok @_chekodok itu, pakcik Cina tersebut berniaga air soya dan makanan ringan di pekan Kuala Pilah.
“Orang Pilah ade kenal ke uncle nie, mintak beli moto dia suruh bukak harga RM10k tak juaiiii oooo,” tulisnya.
Dalam video itu, lelaki berkenaan bertanyakan harga jualan motor tersebut sekiranya dia ingin lepaskan dan meminta pemilik motor itu membuka harga terlebih dahulu.
Namun, pakcik Cina itu santai membalas, “you boleh bayar berapa?.”
Di ruangan komen, pemilik akaun TikTok itu berkongsi pakcik itu enggan melepaskan motor tersebut kerana terlalu banyak kenangan walaupun ada tawar RM10,000.
Perkara itu dipersetujui oleh beberapa netizen yang terlebih dahulu cuba meminang motor berkenaan. Menurut mereka pakcik tersebut tidak akan melepaskan motor berkenaan walaupun menawarkan angka tinggi.
@_chekodok orang pilah ade kenal ke uncle nie .. mintak beli moto dia suruh bukak harga 😝 10k tak juaiiii oooo .. #rxzstilltheboss ♬ original sound – 🏮卂卄几丨卄爪乇卄 🏮
“Dia buat moto jadi hamba dia…bukan kita jadi hamba moto tu.”
“Tak yah jual motorpun dia dah ada 10k, tu yang dia tak heran tu. ahaha.”
“Korang dah pakai RXZ dah gebang, ni uncle siap buat jual keropok je apa ada hal.”
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
Lu punya duit… Gua punya bare… 🤔🤔🤔