Orang awam terpaksa menggunakan sebuah buldozer bagi membawa mangsa kemalangan ke hospital.
Kejadian yang berlaku di daerah Katni, Madhya Pradesh itu melibatkan seorang remaja yang mengalami kecederaan parah selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah motor lain di jalan Khitauli.
State of health services in MP exposed again. A youth injured in road mishap had to be carried by a JCB machine to hospital for the want of ambulance or any other vehicle in Katni district. @NewIndianXpress @TheMornStandard @santwana99 pic.twitter.com/7zhdm1vYxt
— Anuraag Singh (@anuraag_niebpl) September 13, 2022
Orang awam yang berada di lokasi kejadian menghubungi ambulans tetapi tidak tiba selepas setengah jam dan keadaan mangsa semakin teruk. Mereka juga turut meminta bantuan penarik beca, namun tiada yang berhenti.
Kemudian, seorang pemilik kedai mengangkat mangsa dengan bantuan beberapa individu lain lalu meletakkannya di timba jengkaut dan segera membawa mangsa ke hospital.
Difahamkan mangsa kemalangan bernama Mahesh mengalami keretakan pada bahagian kaki dan dirawat di hospital daerah.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar