Brek rosak lori langgar tembok konkrit

881

Semalam tular di media sosial video yang menunjukan pemandu lori melompat keluar dari kenderaan selepas hilang kawalan lalu merempuh tembok konkrit di persimpangan lampu isyarat Persiaran Sultan Hishamudin, Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao Samachulu berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan melibatkan sebuah lori dipandu lelaki tempatan berusia 35 tahun kira-kira jam 6.44 petang Selasa.



“Hasil siasatan awal dijalankan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang di mana pemandu lori berkenaan hilang kawalan kerana mengalami masalah brek.

“Pemandu lori cuba mengawal kenderaan dengan meluruskan stereng ke arah tembok konkrit untuk menghentikan kenderaan dan melompat keluar dari lori bagi menyelamatkan diri,” katanya. 

Vijaya berkata, pemandu terbabit mengalami kecederaan luka di kaki, belakang badan dan bengkak di bahagian lutut kanan akibat terjun dari lori terbabit serta hasil ujian urin adalah negatif.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here