HLYM tawar dua warna baharu buat R25 & MT-25, harga RM22k

1171

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan dua warna baharu Orange Lynx dan Racing Blue bagi model YZF-R25 serta Cyan Storm dan Icon Blue untuk Yamaha MT-25.

Kedua-dua model ditawarkan pada harga cadangan RM22,998 iaitu peningkatan sebanyak RM3,000 bagi R25 manakala MT-25 meningkat banyak RM1,498. Kedua-dua model akan berada di pusat jualan bermula hari ini. 

MT-25 dijana enjin 250cc DOHC 4-lejang dwi-silinder yang menghasilkan kuasa 35.5hp @ 12,000rpm dan tork 23.6Nm @ 10,000rpm. Hantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi klac manual 6-kelajuan.



Manakala R25 pula dijana enjin 249cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 35.5hp @ 12,000rpm dan tork 22.6Nm @ 10,000rpm dengan transmisi manual 6-kelajuan.

GALERI

Yamaha MT-25

Yamaha YZF-R25

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di:https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here