Audi Malaysia perkenal RS Q8 – Dah boleh tempah sekarang, harga bermula RM1.7 juta sahaja!

727

PHS Automotive Malaysia (PHSAM) memperkenalkan SUV, Audi RS Q8 yang penuh berkuasa ke dalam rangkaian model tawarannya.

Ia menjadi SUV saiz penuh Audi pertama menggunakan lencana RS, RS Q8 melangkaui sempadan prestasi dalam kelasnya. Selain itu, ia pernah menjadi SUV terpantas di litar Nürburgring untuk dua tahun berturut-turut.

RS Q8 mengetengahkan ciri-ciri termaju Audi yang menggabungkan fleksibiliti mengagumkan serta kegunaan harian untuk mendefinisikan semula genre kenderaan berprestasi tinggi tradisional.



Antara spesifikasi teknikal yang impresif ialah suspensi udara adaptif khusus untuk RS, stereng semua roda, sport differential dan sistem keselamatan olengan aktif. 

Enjin: Kuasa maksimum dan bercekapan tinggi

Mampu menjana kuasa sehingga 600PS dan tork 800Nm di antara 2,200 dan 4,500rpm, enjin 4.0 liter biturbo V8 TFSI membolehkan RS Q8 memecut 100km/j dalam masa hanya 3.8 saat – angka yang meletakkannya setara dengan kereta-kereta sports lain. Ia juga berupaya mencapai pecutan tertinggi 305km/j.

Kuasa enjin V8 TFSI disalurkan ke sistem pacuan semua roda sepenuh masa quattro menerusi kotak gear lapan  kelajuan standard. Kawalan tork roda terpilih (wheel-selective torque control) menyempurnakan lagi aspek keselamatan dan pengendalian lincah RS Q8.

Bunyi yang mengasyikkan, ditambah dengan sistem ekzos sport bersama kemasan hujung paip ekzos hitam. Pemandu juga boleh menukar bunyi enjin melalui sistem Audi drive select.

Ketika mengambil selekoh, ciri quattro sport differential yang dipasang sebagai standard berfungsi mengagihkan kuasa tork di antara roda belakang jika diperlukan. Sistem active torque vectoring ini menambah baik aspek cengkaman, kestabilan dan dinamik.

Sistem suspensi udara adaptif sport khusus untuk RS ini mampu menawarkan prestasi yang sama di litar lumba atau laluan off-road.   

Talaan peredam khas RS menawarkan tetapan yang luas di antara tetapan ke arah keselesaan dan sangat sporty. Olengan badan sewaktu mengambil selekoh pada kelajuan tinggi dapat diminimumkan, terima kasih kepada sistem electromechanical active roll stabilisation (EAWS). 

Cockpit

Pengendalian Audi drive select 

Sistem pengendalian Audi drive select yang dinamik membolehkan pemandu untuk mengawal aspek pengurusan enjin dan transmisi, tujahan stereng, suspensi udara, stereng semua roda, bunyi enjin dan karekteristik pendingin hawa automatik. 

Lapan profail disediakan: comfort, auto, dynamic, efficiency, allroad, offroad serta mode RS1 dan RS2 yang boleh diubah suai secara individu dan khusus untuk RS. Ia boleh diakses secara langsung melalui butang “RS-MODE” pada stereng. 

RS Q8 didatangkan standard dengan rim aluminium bersaiz 23 inci bersama rekaan rotor Y 5 jejari. Di sebalik rim yang besar itu tersimpan sistem brek RS dengan cakera komposit berliang bersaiz 420mm di depan dan 370mm di belakang bersama brek seramik merah sebagai ciri standard. 

Audi RS Q8 ditawarkan pada harga bermula RM1,699,990 selain hadir dengan penyelenggaraan percuma selama 3 tahun, di samping jaminan perbatuan tanpa had dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.

Tempahan boleh dibuat di semua Audi Centres di Setia Alam, Glenmarie dan Juru.

Detail

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here