Yamaha 135LC (Fi) 5MRO Edisi Malaysia – Hanya 5,000 unit, harga bermula RM9,198!

3437

Sempena meraikan unit kelima juta motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan motosikal edisi terhad menerusi Yamaha 135LC (Fi) 5MRO Edisi Malaysia.

Edisi terhad itu menggunakan model 135LC yang dilancarkan pada awal tahun ini, cuma hadir dengan corak grafik yang berbeza.

Warna Inspirasi Jalur Gemilang

Perbezaannya adalah menggunakan warna yang diinspirasi daripada bendara Jalur Gemilang dengan mempunyai merah, biru, putih dan kuning.



Pada fairing tepi, ia mempunyai corak anak bulan dan bintang warna kuning, selain pada madgad tertera tulisan 5 Millionth Roll Out.

Ia juga mempunyai bakul plastik seperti 135LC Fi SE dan pada bahagian dalamnya mempunyai kepingan yang tertera nombor siri unik yang bermula 5,000,0001 hingga 5,005,000.

Enjin Sama

Dari segi prestasi, tiada perubahan yang dilakukan. Ia masih dijanakan enjin penyejukkan cecair 4-lejang SOHC silinder tunggal yang menghasilkan kuasa 12.5hp @ 8,000rpm dan tork 12.2Nm @ 6,000rpm. 

Moped itu menggunakan sistem suntikan bahan api yang mengantikan karburator untuk model sebelum ini dan dipadankan dengan kotak gear 4-kelajuan. Ya masih menggunakan kotak gear yang sama seperti generasi terdahulu.

Jika berminat, model baharu itu boleh didapati di semua pengedar sah Yamaha di seluruh negara mulai pertengahan Oktober 2022 dan seterusnya.

Ia dijual dengan harga runcit RM9,198, tidak termasuk yuran pendaftaran dan perlindungan insurans. Pemilik model baharu itu juga akan menerima kunci cakera dan Jaket Bomber 5MRO peringatan khas sebagai hadiah eksklusif dengan pembelian mereka.

Galeri Gambar: 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here