Seorang pakcik warga Singapura melenting kepada pemuda Malaysia apabila duduk di kerusi yang dikhaskan buat warga emas.
Warga emas berkenaan menyuruh pemuda berbaju T hitam itu pulang ke Malaysia dan menyoal adakah dia sedar tentang kerusi khas yang didudukinya.
Kemudian warganegara Malaysia itu menegur lelaki berkenaan kerana bercakap kasar dan menjelaskan tiada warga emas di dalam kereta api.
Warga emas itu kemudia membalas, “Jangan datang ke sini untuk mendapatkan dolar Singapura, pulang ke negara kamu.”
Tidak berpuas hati pemuda itu menyuruh pakcik itu memukulnya dan mengajaknya bergaduh.
@w4yne3
Dia juga mengugut mengambil gambar lelaki berkenaan dan berhati-hati ketika pulang ke rumah.
Di Singapura, pengguna yang mencetuskan gangguan di kawasan awam sehingga menimbulkan ketidakselesaan orang lain boleh didenda hingga $1,000 (RM3,227) atau penjara tiga bulan.
Video itu mendapat lebih 300,000 tontonan dan netizen berpendapat seharusnya warga emas itu tidak perlu membuat kecoh kerana dia sudahpun mendapat tempat duduk.
“Berasakan diri terlalu berhak, sebahagian orang hanya menyalahgunakan hak sebagai warga emas.”
“Orang tua menganggap mereka ada hak besar untu duduk maksud saya jika saya ada kecederaan pada lutut atau tempat lain tetapi tertutup macam mana? masih nak jeritke aiyoo apek gi balik makan kuaci sua.”
“Hello Uncle..kalau semua pekerja Malaysia balik siapa nak masak di Zhi char dan gerai.”
“Aiyoh, pakcik lepas kerja tak penat ah? masih lagi nak menjerit, aku cuma nak tidur dalam kereta api sia.”
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar