Bugatti tawar program pra-milik Veyron dan Chiron

903

Akhirnya pengeluar hypercar, Bugatti akan memperkenalkan program pra-milik namun hanya buat model Chiron dan Veyron. 

Program pra-milik itu didatangkan dengan waranti setahun dan perkhidmatan servis percuma setahun seperti mana kereta baharu.



Jaminan Bugatti Chiron terpakai sama seperti model baharu merangkumi alat ganti dan buruh bagi masalah mekanikal, elektrik, kakisan atau cat sementara Veyron pula hanya melibatkan masalah mekanikal. 

Berita baiknya, alat ganti datang dengan jaminan dua tahun pengilang yang mana hanya komponen asli digunakan di pusat servis yang sah.

Pembeli program pra-milik juga akan mendapat pakej servis menyeluruh untuk tempoh tahun pertama pemilikan dan perlindungan jaminan yang terpakai di seluruh dunia tanpa mengira negara.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here