Shell Malaysia lancar Koleksi Shell Motorsports Edisi Terhad, 7 model yang perlu diburu!

3417

Bagi mereka yang menunggu koleksi kereta main, ini adalah peluang anda selepas Shell Malaysia menawarkan Koleksi Shell Motorsports Edisi Terhad kepada pelanggannya.

Koleksi Shell Motorsports menampilkan kereta kawalan jauh Bluetooth, hasil kerjasama Shell dengan syarikat terkemuka dalam arena sukan permotoran.

Buat pertama kalinya, beberapa pengeluar peralatan asli (OEM) dan syarikat permotoran menjalin kerjasama untuk menampilkan prestasi Shell V-Power, merupakan minyak berlainan daripada pesaingannya.



Koleksi Shell Motorsports menampilkan tujuh model daripada syarikat permotoran terkemuka dunia yang menjadi rakan kerjasama Shell. 

Model terbabit termasuklah:

  • Ferrari SF90
  • BMW M4 Motorsport
  • Nissan Formula E Gen 2 Car
  • Hyundai i20 Coupe WRC
  • Shell V-Power Racing Team Ford Mustang GT
  • Team Penske Indycar
  • Team Penske Ford Mustang GT

Ia dilengkapi dengan ciri istimewa iaitu Bateri Pintar yang diintegrasikan dengan cip Bluetooth dalam sel litium yang bolei dicas semula. Menariknya, bateri pintar itu dibangunkan dengan kerjasama BrandBase dan 12 pemegang hak seperti Ferrari, BMW, Hyundai, Ford serta Nissan.

Setiap kereta juga dilengkapi dengan enjin elektrik dan boleh dikawal dengan mudah menggunakan telefon pintar pemain melalui aplikasi Shell Racing. Aplikasi percuma in boleh didapati di App Store dan Google Play yang menggabungkan permainan secara jarak jauh dan digital.

Bagaimana cara memilikinya

Mulai 8 Oktober hingga 8 Disember, satu kereta kawalan jauh menggunakan Bluetooth edisi terhad in akan dikeluarkan setiap minggu secara eksklusif di stesen minyak Shell di seluruh negara. 

Pertama: Pelanggan boleh membeli kotak Koleksi Motorsport sahaja dengan harga RM80 apabila mereka mengisi minyak Shell V-Power Racing berjumlah RM80 dalam satu resit.

Kedua: Model kereta atau bateri pintar Bluetooth bole didapati secara berasingan dengan harga RM30 dengan setiap pembelian minyak minimum RM50 untuk melengkapkan koleksi in. 

Ketiga: Anda boleh mendapatkan kereta lumba eksklusif Ferrari SF90 dan satu bateri pintar percuma apabila mereka membeli Shell Helix Lubricant 4L terpilih di steen minyak Shell.

Berlumba bersama orang tersayang

Sementara itu, Pengurus Besar, Mobility Shell Malaysia, Seow Lee Ming berkata, setiap model dalam koleksi in mewakili momen penting dalam sejarah sukan permotoran.

Menurutnya, ketika perintis sukan permotoran mula mencipta nama, Shell sudah pun bersama mereka dan mempunyai sejarahnya yang tersendiri dalam arena sukan permotoran. 

“Koleksi terbaru in meraikan antara kereta lumba terbalk yang banyak mencipta perubahan dalam dunia perlumbaan seperti kereta rali hibrid Hyundal i20 dan Team Penske Indycar.

Dengan koleksi terbaru ini, kami harap mereka dapat menikmati keseronokan bermain dan berlumba bersama orang tersayang, di mana-mana sahaja,” katanya.

Bagi meraikan pelancaran koleksi kereta kawalan jauh terbaru ini, Shell akan menganjurkan satu acara di KL Sentral mulai 17 hingga 23 Oktober dan di Mid Valley Megamall mulai 26 hingga 30 Oktober. 

Acara itu bakal memberi pengalaman eksklusif kepada orang ramai untuk mencuba kesemua 7 model kereta lumba di litar lumba yang direka khas untuk menampilkan suasana atau persekitaran ketika model-model kereta in meraih kemenangan mereka. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

1 KOMEN

  1. Telah byk pam minyak shell telah kehabisan Ferrari SF90. Patut perkara itu tidak berlaku dari minggu pertama perlancaran di pam minyak dah habis. Sedang kan pengguna kendaraan jarang guna mnyak enjin mahal di pam minyak..

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here