Elak bayar saman, pemandu van tipu polis tambah grafik jalur

1056

Seorang pemandu van cuba mengelak membayar saman dengan mengubah penampilan luaran kenderaannya bagi mengaburi pihak berkuasa.

Lucunya, dia menambah grafik jalur pada bahagian bonet depan Ford Transit dan menghantar imej berkenaan kepada pihak polis sekaligus mendakwa mereka menyaman individu yang salah.



Berbanding cuba mengakui kesalahan serta membayar denda memandu melebihi had laju £100 (RM520) serta menerima penalti tiga poin pada lesen memandu, William Britton cuba memperbodohkan pihak berkuasa.

Britton dirakam memandu pada kelajuan 119kmj di kawasan had laju 96.5 kmj. Pihak berkuasa mula curiga apabila Britton menyerahkan gambar wajah baharu van itu, dan penipuannya terbongkar selepas melakukan siasatan selama 300 jam melibatkan pergerakan telefon pintar, kamera pengecam nombor plat automatik dan rekod bank.

Hakim Mahkamah Swansea Crown memberitahu tindakkan lelaki berusia 62 tahun memburukkan lagi keadaaan berbanding hanya menerima saman had laju. 

“Anda sepatutnya terima sahaja saman yang diberikan dan tidak mewujudkan situasi sekarang yang jauh lebih serius berbanding kesalahan trafik,” kata hakim.

Britton dijatuhi hukuman penjara empat bulan dan tertangguh selama 12 bulan serta hilang kelayakan memandu selama enam bulan. Dia juga diperintahkan membayar £500 (RM2,603) untuk kos pendakwaan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here