#Panduuji: Honda HR-V 1.5 Liter Turbo – Memang pilihan bijak, ini sebabnya…

2467

Sehingga hari ini, lebih 110,000 unit Honda HR-V memenuhi jalan raya di Malaysia sejak mula diperkenalkan pada tahun 2015.

Sebelum kehadiran beberapa model SUV Kompak yang lain, HR-V boleh dikatakan sebagai pelopor dalam segmen itu di Malaysia.

Selepas 7 tahun generasi pertama HR-V untuk pasaran Malaysia (sebenarnya generasi kedua untuk pasaran global), akhirnya model serba baharu mula diperkenalkan pada tahun ini.



Untuk pasaran Malaysia, HR-V serba baharu itu ditawarkan tiga enjin iaitu 1.5 liter NA, 1.5 Liter VTEC Turbo dan 1.5 L Hibrid. Malaysia menjadi satu-satu negara yang memiliki tiga varian enjin bagi HR-V buat masa ini.

Bagi ketiga-tiga enjin itu, rangkaian kuasa 1.5 L VTEC turbo adalah model terlaris, dan varian paling banyak terjual adalah V dengan mencatatkan 52 peratus. V adalah spesifikasi paling tinggi untuk varian turbo. Untuk makluman, HR-V ada 4 varian iaitu S (1.5 L NA); E (1.5 L VTEC Turbo); V (1.5 L VTEC Turbo) dan RS (1.5 L Hibrid).

Dalam artikel ini, Motoqar mahu kongsikan pengalaman memandu HR-V varian V (1.5 L VTEC Turbo) baru-baru ini kepada anda.

Bagaimana dengan prestasi?

Sebelum itu, anda perlu tahu spesifikasi rangkaian kuasanya. HR-V varian V ini menggunakan enjin 1.5 L VTEC Turbo yang mana kuasa maksimum 181PS dengan tork setinggi 240Nm.

Sepanjang perjalanan penulis yang memandu HR-V ini, kuasa yang dibekalkan oleh enjin itu sangat bagus dan rasa lebih ringan.

Responsif pedal minyaknya juga baik, yang mana tidak kedekut untuk menyalurkan kuasa ketika diperlukan ketika untuk mendaki bukit dan memotong.

Apa yang Honda maklumkan, jentera itu boleh memecut 0-100km/j dalam 8.8 saat. Ini adalah masa bagus untuk sebuah SUV kompak biasa untuk jenama Jepun.

Dengan tiga mod yang ditawarkan, penulis boleh pilihan pemanduan yang sesuai sepanjang pemanduan itu. Ketika di jalan biasa atau lebuh raya, boleh saja menggunakan mod ECON atau Normal. Jika mahu mendaki bukit atau memotong kenderaan yang ‘degil’ di hadapan boleh menukar kepada mod Sport. 

Tidak lupa juga padel penukaran gear di belakang stereng. Secara jujurnya, penulis tidak menggunakan padel penukaran gear sepanjang memandu jentera ini. Bagi penulis, kuasa yang dibekalkan sudah cukup pemanduan harian biasa.

Pengendalian?

Jika buat perbandingan, HR-V generasi baharu ini lebih padu untuk mengawal selekoh pada kelajuan tinggi.

Dengan penggunaan tayar yang lebar bersaiz 225/50R18 serta suspensi yang dinaik taraf, ia memberi pemanduan yang seronok seperti sebuah kereta sedan.

Suspensinya juga tidak terlalu keras atau lembut, ia memang selesa biarpun melalui jalan yang tidak rata. Pada kelajuan tinggi, tidak rasa melambung-lambung.

Pemandangan hadapan pun rasa lebih luas, yang mana kawasan titik buta sangat kurang terlindung di tiang A.

Ruang kaki yang luas

Secara keseluruhan, tempat duduk untuk Honda HR-V sangat luas biarpun ia sebuah SUV kompak.

Kerusi balutan kulit dengan rekaan yang menarik sekali gus tampak premium. Cuma bagi penulis, tempat duduk belakang dengan ruang kelegaan kaki yang sangat luas, ia rasa sedikit menegak, mungkin ia perlu ada satu lagi tahap untuk membuatkan ia lebih selesa.  Lebih sedap untuk tidur jika pemanduan jauh!

Kelebihan HR-V ini, ia memiliki Multi-Utility Seat yang boleh diubah beberapa cara seperti Utility Mode, Long Mode dan Tall Mode. 

Tahap penggunaan bahan api?

Untuk pemanduan biasa, tahap penggunaan bahan api model ini boleh dikatakan menjimatkan. Ia mencatatkan 6.5 liter/100km dengan satu tangki boleh melebihi 500km.

Cuma ketika pemanduan pulang dari Dungun, Terengganu ke Kuala Lumpur. Pemanduan pulang itu sangat laju dengan melebihi 160km/j sepanjang di lebuh raya, sehingga kami terpaksa mengisi minyak untuk sampai ke Kuala Lumpur. Anda perlu tahu, kalau memandu laju, memang tidak jimat minyak termasuk semua kereta!

Anda juga boleh saksikan video di bawah:

Galeri gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here