Treler bawa kenderaan Peugeot gores Honda City…siapa yang salah?

1289

Seorang pengguna TikTok berkongsi sebuah video yang menunjukkan bahagian belakang sebuah treler 65 kaki melanggar sebuah Honda City yang diparkir di bahu jalan.

Rata-rata netizen berpuas hati melihat situasi berkenaan yang menjadi pengajaran buat pemilik kenderaan agar meletakkan kereta di ruangan parkir yang disediakan.

@ytkong

Entah siapa yang salah🤷‍♂ Lain kali parking jaga2. #parking #treller #accident #keretakenalanggar #langgar #lori #langgarkereta #langgarlori #siapasalah #kongzai #江仔 #glenmarie #shahalam

♬ DJ ENTAH SIAPA YANG SALAH KU TAK TAHU VIRAL TIK TOK – Bang Redi 599



Pada video ringkas itu boleh dilihat bahagian pintu sisi pemandu Honda City berkenaan kemek selain meninggalkan kesan gores yang panjang.

“Entah siapa yang salah.Lain kali parking jaga-jaga,” tulisnya.

Video yang mendapat lebih daripada 200,000 tontonan itu menunjukkan beberapa orang awam dan pembantu jualan yang memakai kemeja Honda cuba membantu pemandu lori berkenaan.

Oleh kerana kenderaan itu tidak diletakkan di kotak parkir, pemilik nampaknya perlu mengeluarkan wang sendiri untuk proses baik pulih.

“Saya hari tu penah claim insurans excident, ganti pintu kete satu side, 3k bang,” tulis NieSSah.

“Saya pernah kena kes macam nih, dan yang salah adalah orang yang parking tepi jalan tanpa kotak. Dan kalu contoh jadi kes pun, dua-dua akan di saman,” Apikkk97_

“Bukan dalam petak parking owner tanggung,” Azrulyoe81

Mungkin ramai lagi yang masih tidak tahu, treler panjang memerlukan ruangan sisi yang besar untuk keluar dengan selamat.

Justeru itu, jangan mendekati mahupun parkir kenderaan anda di simpang atau selekoh seperti mana dikongsi oleh TikToker di bawah. 

@nazribintan

Video untuk pengguna jalan raya yang suka park kenderaan di simpang. Video penuh bakal menyusul di YouTube nanti. #RealLifeTrucker #ScaniaR470 #LowLoader #ContentCreator

♬ bunyi asal – Nazri Bin Tan – Nazri Bin Tan

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here