Tayar pesawat tercabut sewaktu berlepas. Suatu insiden yang pasti mengusarkan andai kita merupakan salah seorang penumpang pesawat berkenaan.
Tular satu video sebuah pesawat Boeing 747 di mana sebijik tayarnya telah tercabut sewaktu mula meluncur ke udara di lapangan terbang di bandar Taranto,Itali.
Dalam video tersebut dapat di lihat tayar pesawat berkenan terbakar secara tiba-tiba semasa pesawat sedang meluncur di landasan.
Asap hitam di lihat keluar dari bahagian bawah tayar pada pesawat Boeing 747-400 Dreamlifter sewaktu pesawat mula meluncur ke udara.
Tayar tersebut telah jatuh melantun ke tanah. Ianya dijumpai semula luar dari kawasan lapangan terbang berkenaan.
Difahamkan pesawat berkenaan dalam penerbangan menuju ke Carolina Utara ,Amerika Syarikat.
Insiden tersebut tidak menggangu penerbangan pesawat berkenaan menuju destinasi.
Juruterbang dan krew pesawat mengambil langkah yang bijak. Insiden berkenaan tidak dimaklumkan kepada penumpang bagi menghindar suasana cemas.
Nasib menyebelahi penumpang serta krew pesawat apabila pesawat Boeing 747-400 Dreamlifter selamat mendarat di destinasi tanpa sebarang masalah.
kredit-
utusan tv official