Misi Ziarah Dan Tunaikan Hajat Adik Tasha Terlaksana

996

Misi tujuh grup motosikal berkuasa tinggi dalam melunaskan hajat seorang remaja penghidap kanser tahap empat di Selama,Perak terlaksana baru-baru ini.

Natasha Mohd,17, Penghidap Kanser Darah Tahap 4

Natasha Mohd, 17 penghidap Kanser Darah tahap 4  berhajat untuk melihat motosikal berkuasa tinggi secara berdepan.

Anak bongsu kepada pasangan Mohd Haszemi dan Zaiton Awang itu menderita akibat kanser bermula dari tahun 2014.



Alam persekolahan terpaksa dilupakan lantaran penderitaan yang dialami membataskan segala-galanya.

Pn Zaiton yang tidak pernah berenggang dengan Natasha

Penyakit Kanser Darah yang dihidapinya semakin serius. Menurut Puan Zaiton,tanpa bantuan seseorang Natasha tidak mampu untuk melakukan apa-apa.

Keadaan kesihatannya semakin hari semakin lemah. Rutin hariannya banyak dihabiskan dengan baring.

Info tentang hajat Natasha untuk melihat motosikal berkuasa tinggi secara berdepan telah disalurkan oleh wakil OHBC (One Heart Bikers Club).

Antara Bkers yang hadir

Berita kesengsaraan Natasha telah mengamit kelab WOC(Persatuan Kebajikan Penunggang Motosikal Malaysia) bagi membantu reliasaikan hajat remaja berkenaan.

7 grup motosikal berkuasa tinggi telah menyahut seruan Presiden Kelab WOC dan kelab Ukhwah Kembara Malaysia Bikers(KUKMB) bagi menjayakan misi berkenaan.

Bikers yang turut sama dalam misi

Konvoi misi ziarah dan tunaikan hajat berjaya mengumpulkan 110 buah motosikal berkuasa tinggi.

Kelab yang terbabit berkonvoi ke selama,Perak adalah OHBC,KUKMB,WOC,CFMoto Malaysia dan Dato Manaf.

Dato Manaf diiriingi Prof Dr Ezat singgah ziarah adik Tasha

Turut sama menyahut seruan misi berkenaan adalah 3 kelab dari Utara iaitu Otai Bikers,CDERT Bikers dan Z8 Semanggol.

Menurut Prof Dr Ezat,walaupun kes adik Tasha ini tidak termasuk dalam misi pencarian 500 pesakit kanser kanak-kanak,namun gejalanya sama.

Prof Dr Ezat (memakai mask) menyampaikan sumbangan

Kami berusaha sedaya mungkin meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga adik Tasha.

CFMoto Malaysia juga tidak ketinggalan dalam menyertai misi tersebut.CFMoto Malaysia sentiasa mendekati masyarakat tanpa mengira agama,bangsa dan warna kulit.

Menurut Alan Lee Keat Lee, Pengurus Besar  CF Moto Malaysia,Sumbangan dari pihak kami tidak seberapa,harapan kami ianya dapat membantu meringankan beban yang ditanggung.

Penderitaan adik Tasha adalah satu dugaan berat buat ibubapanya.

Ahli grup CFMoto KL/Selangor mewakili CFMoto Malaysia sampaikan sumbangan

“Siapa yang ingin melihat anaknya derita dan sengsara,” demikian luahan Alan sewaktu dihubungi oleh Motoqar.

Sumbangan-sumbangan dari kelab yang hadir telah disampaikan oleh wakil masing-masing kepada Puan Zaiton,ibu adik Tasha.

Sementara CFMoto Malaysia telah mewakilkan grup CFMoto KL-Selangor bagi menyampaikan sumbangan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here