Tular imej kerusi bas Bangkok tumbuh cendawan, pihak pengurusan mohon maaf

1238

Bangkok Mass Transit Authority (BMTA) memohon maaf kepada penumpang bandar raya itu selepas kisah cendawan tumbuh dari tempat duduk bas awam tular di media sosial Thailand.

Imej yang dikongsi oleh aktivis politik Jatuporn “New” Saenueng menunjukkan cendawan di kerusi salah satu bas awam lalu mencetuskan rungutan dalam kalangan netizen.



“Ia sempurna untuk tinggal di Thailand. Anda boleh makan cendawan semasa menaiki bas,” tulisnya yang tidak memberitahu bas yang dinaiki. 

BMTA memberi maklum balas berkaitan isu itu di akaun rasmi Facebook mereka yang menjelaskan tempat duduk tersebut merupakan milik bas nombor 82 yang tidak didatangkan dengan pendingin hawa.

“Bas tersebut dihantar ke garaj penyelenggaraan BMTA untuk diganti dengan kerusi baharu. BMTA ingin memohon maaf di atas kesulitan tersebut dan menggesa kakitangan bas serta pegawai berkaitan memeriksa bas sebelum beroperasi bagi memastikan penumpang yakin dengan perkhidmatan yang ditawarkan,” tulisnya.

Beberapa netizen Thailand menghargai respons pantas berkenaan dan meminta pihak pengurusan memperbaharui bas lama. Seorang wanita menggesa BMTA memeriksa setiap bas awam kerana cendawan bukan satu-satunya perkara yang mengganggu penumpang.

Selain itu, penumpang juga terpaksa menahan tingkap pecah dan tempat duduk basah apabila hujan.

Netizen Thailand memaklumkan situasi itu berlaku kerana tempat duduk basah dan kebanyakan bas tanpa pendingin hawa di Thailand rosak dan membiarkan hujan masuk.

Majoriti netizen bersetuju kerajaan perlu menambahbaik bas kerana kebanyakannya berusia lebih daripada 10 tahun.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here