Mahu tukar Kawasaki RR 150 dengan kereta, tawar Lancer santai pemilik cakap ‘tak lawe’

3979

Kawasaki RR 150 atau Ninja RR 150 merupakan motosikal yang menggunakan enjin 2-lejang. Tetapi ada yang menyebut Kawasaki KIPS, Kawasaki Ninja 150, Kawasaki 150 RR, Kawasaki RR dan pelbagai lagi. 

Apapun gelarannya, motosikal dengan sesaran enjin lebih kecil ini menawarkan penghantaran kuasa yang cukup ‘ummph’. Sportbike ini begitu popular dalam kalangan peminat roda dua selepas Yamaha menghentikan pengeluaran RX-Z.



Walaupun sudah lama di pasaran ketika itu, statusnya mula meningkat naik sekitar 2010 dan menjadi buruan peminat roda dua tempatan.

Sayangnya, sportbike ini tidak begitu popular seperti mana Yamaha RX-Z yang kini menjadi buruan peminat. Hanya kumpulan niche yang mencari RR 150.

Namun, tidak salah mencuba mengikuti tren semasa seperti mana pemilik Kawasaki RR 150 ini yang ingin menukar motor berkenaan dengan sebuah kereta.

Hantaran yang dikongsi di grup Facebook KAWASAKI RR (MALAYSIA) OFFICIAL itu mencuri perhatian netizen. 

“Swap dengan kereta ada yang nak wsaap 013******,” tulisnya.

Pemilik, Nick Fadzli ingin melepaskan Kawasaki RR 150 Kips berwarna hitam berkenaan tetapi tidak menyatakan pilihan model kereta yang diinginkan. 

Ramai yang geram apabila pemilik santai menolak kenderaan yang ditawarkan di ruangan komen.

Berdasarkan pemerhatian, ada yang menawarkan Mitsubishi Lancer VR4, Proton Wira kacuk dan Volvo S40 serta pelbagai lagi. 

Namun, pemilik santai membalas ‘tak lawe’ yang membuatkan netizen semakin geram. Ini kerana nilai kenderaan yang ditawarkan sebenarnya lebih mahal berbanding harga jualan motosikal tersebut.

Setelah diteliti perkataan ‘tak lawe’ bukanlah bermaksud ‘tidak lawa’ sehingga membuatkan netizen salah faham. ‘Tak lawe’ loghat pantai timur itu bermaksud ‘tidak berani atau sepadan’ dengan model yang ditawarkan. 

Namun begitu, pemilik membalas komen salah seorang netizen yang menyatakan dia menginginkan sebuah Perodua Myvi dan harga jualan motosikal berkenaan sekitar RM12,000.

Nampaknya, pemilik motosikal perlu menambah duit jika ingin menukarnya dengan sebuah Perodua Myvi. 

Untuk makluman, Kawasaki RR 150 dijana oleh enjin 150cc yang menghasilkan kuasa 30PS dan tork 21.6Nm bersama transmisi 6-kelajuan. 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here