Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mencatatkan kutipan RM3.26 juta hasil pendaftaran nombor plat siri DEN manakala DEN 8 merekodkan bidaan tertinggi bernilai RM98,888.
Selain itu, nombor plat paling banyak mendapat bidaan adalah DEN 1305 dengan harga tertinggi RM6,200 melibatkan 20 pembida. Bidaan yang dibuat menerusi JPJeBid itu dilakukan selama lima hari bermula 13 hingga 17 Oktober lalu.
Pengarahnya JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata pihaknya menyasarkan kutipan hasil siri pendaftaran DEN sebanyak RM2.6 juta namun selepas bidaan ditutup.
“Bilangan pengguna berdaftar dengan JPJeBid adalah seramai 938,751 dengan jumlah keseluruhan pembida adalah 4,473.
“Harga bidaan tertinggi DEN 8 diikuti nombor DEN 6 bernilai RM71,000 dan DEN 3 (RM68,889),” jelasnya.
Mohd Misuari berkata, mana-mana nombor pendaftaran yang berjaya dibida mestilah didaftarkan pada sebuah kenderaan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat tawaran yang dikeluarkan di pejabat JPJ negeri atau cawangan.