Ada pemilik baru kenderaan hanya mengambil nombor semasa manakala ada juga akan memilih nombor pendaftaran idaman yang mana perlu melalui proses bidaan dan melibatkan peruntukkan wang tambahan.
Kebanyakan individu memilih nombor plat yang memiliki maksud tersendiri misalnya tarikh hari istimewa, gabungan nombor yang menjadi perkataan dan lain-lain.
Pembelian nombor plat melibatkan harga terendah bermula dari RM 300 dan nombor khas bermula dari RM 20,000.
Nombor plat dibahagikan kepada empat kumpulan, harga Nombor Emas iaitu RM20,000, Nombor Menarik (RM 3,000), Nombor Popular (RM 800) dan Nombor Semasa (RM 300).
Tetapi lain pula yang terjadi bagi pemilik akaun Facebook Hafiz Halimi apabila secara tidak sengaja meletakkan harga tinggi bagi nombor plat yang boleh didapati pada harga jauh lebih murah.
“Bisnes nak jadi rugi sekelip mata lesap, harga nak masuk RM1302 tertekan RM13,027,
dugaan-dugaan,” tulisnya.
Setelah mendapat kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan bidaan berjaya, pelanggan tidak boleh membatalkan pembelian.
Nampaknya, mahu atau tidak Hafiz perlu membayar harga bidaan yang dimasukkan. Bahkan, dia juga sudah redha dengan kejadian berlaku.
“Tak dapat refund dah, semoga jadi pengajaran pada bida-bida lain supaya hati-hati bid payment,” jelasnya di ruangan komen.
Ada segelintir netizen yang menganggap Hafiz hanya ingin ‘flexing’ kerana pembida perlu dua kali menekan butang setuju sebelum meneruskan pembayaran. Menurut mereka kesilapan berkenaan seharusnya tidak berlaku.
Tetapi Hafiz menjelaskan kesilapan itu dilakukan oleh pekerjanya dan bidaan melibatkan banyak nombor plat.
“Ni handle banyak nombor bukan satu tac, tak mustahil kalau overlooked, moga tak jadi pada kamu jika ebid.
“Boleh jadi iktibar hati-hati dengan TAC,” kongsinya yang menganggap tiada rezeki buatnya.
Bagaimanapun, Hafiz cuba menghantar e mail kepada JPJ untuk membatalkan bidaan berkenaan namun tidak diluluskan.
Berdasarkan syarat yang ditetapkan oleh JPJ pembida tidak dibenarkan menarik balik atau membatalkan semua transaksi bidaan yang telah dilakukan.
Mahu atau tidak Hafiz pasrah mengeluarkan RM13,027 bagi nombor plat VJV 7117.
No keta lama aku😅😅wea 7117..pakai kt honda bullet, masa ni ak umur 22..tahun 2001..
Xsangka bole capai 13k😁😁