Kawasaki ZX-25R mendarat di Litar Antarabangsa Sepang

943

Sebelum ini, Motoqar ada menyiarkan berita tentang kedatangan sportbike Kawasaki Ninja ZX-25R yang bakal dipamerkan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). 

Model tersebut sudahpun mendarat di SIC yang dikongsi menerusi Facebook Stories Kawasaki Malaysia. 

Menerusi video 15 saat itu boleh didengar dengan jelas perakam menyebut “empat dapur gaisss.”



Selain warna hijau, difahamkan Kawasaki Malaysia bakal mempamerkan unit warna kelabu gelap sempena penganjuran GP Malaysia (2022).

Video berkenaan menunjukkan varian ZX-25R dengan warna seragam hijau yang dirakam dari arah belakang kemudian beralih ke sisi motosikal dan ke bahagian depan. 

Bagaimanapun, pelancaran rasmi sportbike itu bakal dilakukan tahun depan cuma kehadirannya di SIC hanyalah untuk sesi previu.

Kredit: Insan Kerdil

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here