Proton tawar waranti lanjutan bagi kenderaan PCPO

818

Proton menawarkan jaminan lanjutan setahun bagi semua kenderaan pra milik bertauliah (PCPO) demi memberikan ketenangan pemilikan. 

Berkuatkuasa serta-merta, semua kenderaan PCPO yang dijual di 36 cawangan kereta terpakai Proton layak mendapatkan Program Waranti Lanjutan PCPO (PCPO-EW) dengan kerjasama Allianz General Insurance.



Di bawah program berkenaan, komponen enjin dan kotak gear yang didapati rosak ketika penggunaan biasa akan dibaiki atau diganti untuk tempoh 25,000km atau 12 bulan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata menerusi jaminan lanjutan, pemilik kereta terpakai Proton akan dilindungi daripada kos yang tidak dijangka akibat kegagalan mekanikal untuk bahagian enjin dan transmisi. 

“Dengan jumlah jualan yang meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami melihat peningkatan yang sama dalam transaksi jual beli atau tukar beli.

“Oleh itu, dengan mengutamakan kepuasan pelanggan, kami ingin memberi jaminan kepada pelanggan untuk memastikan pemilikan kenderaan PCPO adalah pengalaman yang memuaskan dan setanding dengan jenama lain,” katanya. 

Kenderaan yang dijual di bawah program PCPO menjalani pemeriksaan menyeluruh 201 mata dan dijamin bebas daripada sebarang kerosakan banjir atau kemalangan besar.

Selain menikmati jaminan lanjutan setahun yang meliputi enjin dan transmisi, pelanggan juga diberikan perkhidmatan servis asas percuma selepas enam bulan dari tarikh pembelian.

Selain itu, UCM juga menubuhkan laman web khusus untuk kereta terpakai Proton. Pengguna boleh melihat stok tanpa mengunjungi bilik pameran dan melayari laman web untuk mendapatkan anggaran harga pasaran bagi kereta terpakai.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here