MAN TM Cab (2022) lancar di Malaysia, lebih luas dan fokus pemandu

1589

MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd (MAN Malaysia) mengumumkan tawaran TM Cab yang lebih tinggi dan luas.

Sehingga kini, TN Cab dengan ketinggian standard menjadi pilihan pasaran Malaysia kerana cirinya yang fleksibel. 



Reka bentuknya yang kompak dan ringan menjadikannya sesuai untuk pelbagai kegunaan seperti lori tangki, silo dan pembawa kontena atau untuk mengangkut balak dan bahan binaan berat di jalan raya Malaysia yang biasanya sempit. 

Daripada segi dimensi TM Cab lebih tinggi iaitu 2,035mm berbanding TN Cab 1,737mm. Sementara, lebar dan panjang masih kekal sama masing-masing 2,240mm dan 2,280mm.

Ini memberi kelebihan ruang pada kabin dengan tambahan ruang kepala 280mm yang mana memudahkan pemandu berdiri, bergerak dan menyimpan barang selain ruang rehat lebih selesa di belakang.

MAN memahami dengan jelas keperluan untuk menyediakan penyelesaian yang tepat untuk membantu syarikat-syarikat pengangkutan merekrut dan mengekalkan pemandu pada ketika industri  menghadapi kekurangan tenaga pemandu yang teruk.  

MAN TM Cab dibekalkan Sistem Bantuan Termaju Pemandu (ADAS) sebagai ciri standard atau pilihan untuk trak generasi baharu MAN yang merangkumi:

    • Sistem Pengawasan Lorong (LGS)
    • Sistem Amaran Keluar Lorong (LDWS)
    • Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPM)
    • Bantuan Brek Kecemasan (EBA)
    • Program Kestabilan Elektronik (ESP)
    • Bantuan Lampu Tinggi
    • Sistem Pengelap Cermin Automatik
    • Sistem Kamera Sisi (SCS) dan Bantuan Pandangan 360 darjah
    • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
    • Kawalan Peredam Berterusan (CDC) dan MAN BrakeMatic
GALERI

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here