Seorang pemilik Yamaha Y15ZR (2018) berkongsi ingin menukar motosikalnya dengan Yamaha Y125ZR secara suka sama suka tanpa perlu menambah wang.
Menerusi hantaran yang dikongsi di grup Facebook Y16ZR/Y15ZR MALAYSIA OFFICIAL CLUB itu, Ahmad Daniel Niel berkata selain daripada ‘swap’ dia juga mempertimbangkan menjual motor berkenaan pada harga RM8,000.
“Boleh nego nama boleh tukar roadtax hidup sampai tahun depan bebas excident berminat boleh PM area Sepang Salak Tinggi.
“Saya letakje harga tu boleh nego sampai RM6k,” kongsinya.
Cadangan pertukaran berkenaan adalah logik jika mengambilkira 125ZR 2-lejang tidak lagi dijual di pasaran tempatan dan statusnya yang semakin ‘rare’.
Bahkan baru-baru ini, seorang pemilik 125ZR kondisi serba baharu atau New Old Stock (NOS), berkongsi ingin melepaskan kapcai berkenaan pada harga RM26, 500 secara tunai.
Yamaha 125ZR berwarna kuning tersebut diperkenalkan pada 2016 dengan harga cadangan RM7,269. Ia dijana oleh enjin 124.3cc yang menghasilkan kuasa 17.16hp @ 8,000rpm dan tork 16.1Nm@7,500rpm.