Penutup tangki minyak Alza patah, pemilik perlu bayar RM300

10087

Kejadian yang berlaku pada pemilik Perodua Alza ini hanyalah kes terpencil berbanding isu skrin hiburan yang dialami oleh pemilik MPV berkenaan. 

Pemilik akaun Facebook bernama Mohd Nor Azhari berkongsi pengalaman tersebut di dalam grup Facebook Perodua Alza D27A Malaysia sekitar awal Oktober lalu.



Kejadian berlaku secara tidak sengaja apabila atendan pam minyak terlanggar komponen tersebut ketika ingin menyimpan nozel.

“Berhenti isi minyak pekerja pam attendant isikan minyak dah siap dengar bunyi ‘paanggg’ macam besi jatuh..g tengok penutup tangki minyak dah atas lantai.
 
“Saya kutip try pasang tengok engsel patah dua terus (engsel plastik ) tapi mujur boleh lekat balik untuk sementara nie. Selasa nie baru nak ke SC tanya harga ganti sekali dengan appointment services mileage 1000km…harap-harap ada stock la,” kongsinya.
Selain itu, dia juga memaklumkan meminta pihak pengurusan stesen minyak itu bertanggungjawab atas insiden tersebut. 
 
“Dah jumpa staff kat dalam komplen, diaorang cakap tukarje dulu bill wassap nanti diaorang transfer duit ganti. Harap-harap betul la tue dan tak kena game,” kongsinya di ruangan komen.
 
Semalam, Azhari memuatnaik kos yang perlu ditanggung bagi menukar penutup minyak Alza berkenaan. Jelasnya tiga hari selepas kejadian dia mengunjungi pusat servis bagi menempah alat ganti tersebut. 
 
“Setelah 21 hari kemudian (31 Oktober) ke SC untuk bukak yang lama dan pasang yang baru,” katanya. 
 

Berdasarkan perkongsian, Azhari perlu membayar RM301.85 bagi menggantikan sebuah penutup minyak Perodua Alza. 

  • Harga ‘engsel’ RM81.60 namun kerana penutup besi luar calar dan kemek kerana terjatuh dia perlu menambah RM51.70 untuk ganti yang baru. 
  • Oleh kerana pelindung besi tersebut datang dari kilang dia perlu menambah RM124.02 bagi semburan cat. 
  • Upah pasang dan buka pula RM44.52. 

Bagaimanapun dia bernasib baik kerana kos berkenaan ditanggung oleh pihak pengurusan stesen minyak tersebut dan mengucapkan terima kasih kerana bertanggungjawab.

“Owner Alza 2022 berhatilah ketika mengisi minyak di petrol station.andai pam attendant bantu isikan pun kena awasi,” nasihatnya.

 
 
 
 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here