Honda WR-V debut pertama di Indonesia, harga mula RM82k

1537

Pertama kalinya Honda WR-V membuat kemunculan di Indonesia sebentar tadi. Kehadiran SUV berkenaan bakal bersaing dengan Toyota Raize, Daihatsu Rocky (Perodua Ativa), Kia Sonet dan Nissan Magnite di negara jiran.

Honda WR-V dikembangkan dari Honda SUV RS Concept yang merupakan sebuah SUV kompak dengan karakter lebih sporty. 

ENJIN 1.5L



Honda WR-V menggunakan enjin 1.5 liter i-VTEC DOHC 4-silinder yang menghasilkan kuasa 119hp @ 6,600 rpm dan tork 145Nm @ 4,300rpm.

Penghantaran kuasa ke roda disalurkan menerusi transmisi CVT dengan teknologi G-design shift yang menghasilkan prestasi pecutan lebih bertenaga dan menawarkan kecekapan bahan api sehingga empat peratus.

TIGA VARIAN

Negara jiran didatangkan dengan tiga pilihan varian iaitu:

  • Honda WR-V E: Rp271.9 juta (RM82,395)
  • Honda WR-V RS: Rp289.9 juta (RM87,849)
  • Honda WR-V RS + Honda Sensing: Rp309.9 juta (RM93,910)

LUARAN SPORTY

Penampilan luaran lebih gagah dengan gabungan rekaan sporty. Gril depan tesselated diapit dengan lampu utama moden bersama aksen krom gelap.

Lampu depan LED yang nipis dan tajam memberikan penampilan premium yang digabungkan dengan lampu membelok berurutan. 

Sementara rekaan belakang terlihat moden dengan penggunaan bar LED dan bahagian sisi lebih ramping yang mana garis badan dibuat memanjang bermula dari lampu depan dan  berakhir di lampu belakang.

Pintu belakang Honda WR-V seolah model coupe yang mana pembuka pintu diletakkan pada hujung bingkai tingkap. Bagi varian RS didatangkan dengan rim 17-inci dua rona warna sementara varian E pula bersaiz 16-inci.

KABIN LEBIH LAPANG

Honda WR-V menawarkan ruangan kokpit yang dirancang dengan baik untuk memberikan keselesaan kepada pemandu. Ruang lutut dibuat lebar, ruang jarak kepala serta ruang kaki  lebih luas yang merupakan terbesar dalam kelasnya. 

  • Honda WR-V memiliki jarak kelegaan tanah (220mm) yang tinggi dalam kelasnya.
  • Kerusi didatangkan dengan material gabungan fabrik dan kulit manakala ruang kotak konsol tengah dan perehat tangan menggunakan material kulit.
  • Skrin infotainmen bersaiz 7-inci

  • Kluster meter 4.2 inci TFT interaktif yang memaparkan maklumat kenderaan

  • Stereng dengan punat kawalan

  • Outlet 12 volt dan dua port USB

  • Saiz but 380 liter 

CIRI KESELAMATAN 

  • 6 beg udara (varian RS), 4 beg udara (varian E)
  • Bantuan Penghidup Bukit (HSA)
  • Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA)
  • Sistem Brek Anti Kunci (ABS) + Bantuan Brek (BA) + Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Emergancy stop signal
  • Isofix
  • Walk-Away Auto Lock s
  • Remote Engine Start yang berfungsi untuk menghidupkan enjin dan pendingin hawa secara automatik sebelum masuk kereta
  • Honda LaneWatch
  • Smart Entry System
  • Kamera belakang yang memaparkan paparan atas, imej normal (130°) atau imej  belakang lebar (180°) ketika mengundur

Sementara itu, Honda Sensing hanya ditawarkan pada varian tertinggi yang merangkumi ciri keselamatan:

  • Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (CMBS)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
  • Mitigasi Tukar Lorong (RDM)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Lead Departure Notification System (LCDN)
  • Lampu tinggi automatik (AHB)
GALERI

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here