Pihak polis menahan dua orang lelaki tempatan dalam keadaan mencurigakan pada operasi motosikal pelbagai kesalahan di Jalan Tiara Titiwangsa Off Jalan Pahang, Kuala Lumpur, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, lelaki berkenaan menunggang dan membonceng motosikal Honda C100.
Hasil semakan yang dilakukan, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL) mendapati nombor pendaftaran tersebut adalah milik Ketua Pengarah JPJ Malaysia.
“Motosikal tersebut juga masih dilaporkan hilang bersangkut laporan di Balai Polis Chow Kit pada 17 Ogos 2022.
“Seterusnya, tangkapan dibuat ke atas suspek serta motosikal yang ditunggang dirampas bersama serangkai anak kunci untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan.
Kes akan disiasat dibawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.