Polis nafi kereta peronda potong ‘Q’ cuci kereta

827

Dakwaan sebuah kereta peronda polis (MPV) memotong barisan ketika membasuh kereta adalah tidak benar kerana diberi keutamaan sendiri oleh pekerja kedai tersebut bagi mendapatkan perkhidmatan itu.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah kedai mencuci kereta di kawasan Pantai Dalam, Kuala Lumpur. 

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya mengesan sebuah hantaran tular yang ditujukan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkenaan kejadian itu, tengah hari tadi.



Hantaran tersebut menyatakan ‘polis basuh kereta memang tak perlu beratur ke? boleh potong semua orang yang tunggu giliran?’ dan ia ditujukan kepada PDRM.

“Hasil pemeriksaan awal, MPV yang dinaiki anggota Balai Polis Pantai itu ke lokasi kejadian atas sebab kenderaan itu kotor dan meletakkannya di belakang kedai untuk menunggu giliran mereka.

“Tiada permintaan daripada anggota terbabit untuk memotong barisan, sebaliknya pekerja kedai tersebut yang menyuruh mereka membawa masuk MPV itu dahulu untuk dibasuh,” katanya.

Susulan itu, katanya, anggota tersebut telah membuat membayar dan beredar untuk meneruskan tugasan rondaan mereka.

Tambah Amihizam, adalah ditegaskan bahawa Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Brickfields tidak bersekongkol dengan mana- mana pihak yang melakukan kesalahan dan mereka yang bersalah akan diambil tindakan tegas.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here