Himpit kereta dan potong garisan berkembar, tindakan konvoi Ferrari Singapura buat netizen geram

1327

Baru-baru ini, sekumpulan konvoi Ferrari nombor plat Singapura mendapat kecaman netizen apabila dikatakan memandu secara merbahaya di garisan berkembar.

Kejadian itu dirakam oleh seorang pengguna TikTok @sitirohayahahmad_85 yang mendakwa supercar tersebut menghimpit kenderaan mereka sehingga berisiko menyebabkan kemalangan.
@sitirohayahahmad_85

 

♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

“Dari Kelantan sampai Banding, dariko himpit kereta yang lain-lain nasibko tak mati dilanggar lori, ko ingat serupa highway di Singapurake.
 
“Yang kuning memotong yang merah himpit kereta aku…nasib baik aku selamat…ko yg terbabas,” tulisnya.
 
Video yang mendapat 1.1 juta tontonan itu menunjukkan sebuah Ferrari kuning terbabas memasuki laluan bertentangan di Bukit Gerik. 
@sitirohayahahmad_85

yg kuning memotong yg merah himpit kereta aku…nasib baik aku selamat…ko yg terbabas…dr kelantan tadi lagi puak2ni

♬ Kehilangan (feat. Hendri Lamiri) – Firman



Bahkan tindakkan merbahaya pemandu Singapura tersebut boleh dilihat apabila mereka memotong secara rapat sehingga kenderaan lain perlu mengelak bahkan turut ‘makan jalan’ lorong bertentangan.
 

Perkongsian video berkenaan menimbulkan reaksi kurang senang netizen tempatan yang menganggap pemandu negara jiran mengambil ringan tentang undang-undang Malaysia.

“Kena saman RM300je pun deme kabo…apa de hal,” kata Ahmad Asiff.

@sitirohayahahmad_85 Membalas kepada @m.gat2 ♬ bunyi asal – rohayah aya

Ada juga yang meminta perakam membuat laporan kepada pihak berkuasa kerana nombor plat kenderaan boleh dilihat dengan jelas. 

“Bukti ade..no plat jelas..elok kalo polis trafik,JPJ ke tgk ni..,” jelas Obi robi.

Menjadi satu kesalahan memotong kenderaan di depan di jalan yang mempunyai garisan berkembar.

Pemandu yang bertindak memotong kenderaan di garisan berkembar melakukan kesalahan di bawah peruntukan Kaedah 17B(1), Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/1959) dan boleh dikenakan denda sehingga RM300. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here