Dakwa ‘kemalangan kecil’ elak konvoi pengiring, sekali ini jawapan TMJ di Twitter

1010

Baru-baru ini, tular di Twitter apabila pengguna akaun @Pio_Dhurjana mendakwa bampar depan keretanya bergesel dengan pembahagi jalan bagi memberi laluan kepada konvoi pengiring Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tadi tengah traffic light sesak gila, tetiba bunyi siren, so kereta mengelak dan berhimpit ke kanan, dan aku pun ke kanan sekali sampai tergesel divider tepi jalan, sekali yang lalu ingat kecemasan apa lah,” katanya yang turut menyebut akaun Twitter TMJ.



Dia turut kesal kerana kemalangan kecil itu membuatkan pekerjaannya tergendala kerana perlu menghantar kenderaan ke bengkel.

“Ni kalau hantar insurans mahu sebulan dekat dalam, hantar bengkel 3,4 hari da siap, tapi aku ni pengusaha kantin, kereta kalau sebulan takda, nak bagi makan apa dekat staf, mungkin bagi dia benda remeh, tapi kereta ni bagi makan 3 orang yang berkeluarga,” tulisnya.

Bagaimanapun, ciapan itu mendapat perhatian Tunku Ismail yang memberi penjelasan:

“Salam Encik. Nak buat cerita pun agak-agaklah. Saya tak keluar rumah pun hari ini. Saya faham PRU dah dekat, tetapi taktik menghasut & menipu tidak akan selesaikan masalah2 rakyat. Banyak lagi cara positif lain yg lebih efektif.”

Namun, tiada yang menyangka lelaki berkenaan membalas semula ciapan Tunku Ismail yang memperincikan kenderaan yang dilihat bahkan tindakan lelaki berkenaan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. 

“Skrg nih kena tunggu log pergerakan escort TMJ. TMJ cmna pun bukan dia yg drive, tpi escort dia mmg ada sejarah drive suka bapak dia dkt area JB.

“Kita rakyat takleh tunduk kt benda yg salah sbb org tu berkuasa, tu sbb Rasullulah SAW sgt xsuka org memuja pemimpin smpai taksub,” tulis Aiman. 

“Biasa bang, time muda ni memang semua benda kita tak puas hati, semua benda salah orang. Salah kita pun jadi salah orang. Sabar je lah ye,” ciapan Aleepppp.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here