16 stesen LRT digantung operasi bermula hari ini, sila guna bas perantara

839

RapidKL mengeluarkan notis gangguan perkhidmatan LRT melibatkan 16 stesen selama tujuh hari.

Gangguan operasi berkenaan bermula hari ini sehingga 15 November dari stesen Kelana Jaya hingga Ampang Park. Ia melibatkan stesen LRT yang beroperasi dari jam 6 pagi hingga 11 malam.

16 lokasi yang terlibat dalam gangguan operasi

Bagi mengatasi masalah berkenaan RapidKL menyediakan tiga buah bas perantara percuma dari Pasar Seni ke Kelana Jaya.



Selain itu bas perantara percuma lain yang disediakan di empat lokasi melibatkan Ara Damansara ~ Pasar Seni; Ara Damansara ~ LRT Kelana Jaya; LRT Kelana Jaya ~ Pasar Seni; Masjid Jamek ~ Pasar Seni dan LRT Dato Keramat ~ Masjid Jamek.

Bagaimanapun, perjalanan bagi Putra Heights ke Lembah Subang serta Damai ke Gombak beroperasi seperti biasa bermula jam 6 pagi dan ditamatkan lebih awal pada jam 11 malam bermula hari ini hingga 15 November. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here