Jika anda tertanya-tanya tentang kebolehpercayaan dan ketahanan Honda Civic baharu, jawapannya ada pada model yang dijual di Kanada ini.
Unit Honda Civic (2022) ini mencapai perbatuan 400,308km hanya dalam tempoh 13 bulan. Mengambilkira kekerapan memandu jarak jauh dan melihat kepada pengalaman pemilik ini akan mengubah persepsi anda.
Sukar untuk percaya pemilik sedan berkenaan memandu sejauh 400,308km bagi kenderaan yang mencapai usia setahun lebih.
Seorang jurulatih pakar produk Honda yang dikenali sebagai Jason menemui sebuah Honda Civic (2022) berwarna merah untuk dijual.
Pemilik memandu sejauh 987km sehari sejak membeli Civic tersebut. Walaupun agak sukar mempercayainya, laporan Carfax mengesahkan maklumat berkenaan.
Bahkan, nombor tersebut bakal meningkat sebelum menerima pembeli baharu. Sedan itu dihasilkan di Jepun manakala komponen enjin dan transmisi dikeluarkan di Amerika Syarikat.
Pemasangan terakhir dilakukan di kemudahan Honda Kanada dan Civic itu kemudian dibeli di Texas, Amerika Syarikat.
Sejak dibeli, Civic itu tersenarai sebagai kenderaan persendirian seorang pemilik sebelum diperoleh sebuah premis pengedar.