Aset Wan Azizah RM1.36 juta, miliki empat kenderaan termasuk Myvi & Yamaha Lagenda

1394

Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail membuat pengisytiharan nilai aset bersih sebanyak RM1.36 juta.

Ia merupakan sebahagian daripada syarat yang ditetapkan parti berkenaan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).



Isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memiliki empat kenderaan merangkumi dua buah Perodua Myvi, Toyota Vellfire dan Yamaha Lagenda 115Z bernilai RM359,750.

Wan Azizah memiliki simpanan di empat bank dan paling banyak di Bank Islam Malaysia Berhad – pemilikan sendiri berjumlah RM525,608.53.

Manakala di Standard Chatered Bank Malaysia Berhad, calon Parlimen Bandar Tun Razak itu mempunyai pemilikan bersama (RM340,177.83); Maybank Malaysia Berhad– pemilikan bersama (RM65,161.95) dan Tabung Haji (RM70,000).

Beliau juga mempunyai pendapatan sebagai wakil rakyat berjumlah RM16,351.54.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here