[Video] Isteri gigil tengok suami hampir dihempap lori

985

Seorang penunggang motosikal terselamat dari dihempap lori simen dalam kejadian di Alam Budiman, Seksyen U10 Shah Alam, semalam.

Insiden kejadian itu tular di media sosial menerusi video berdurasi 14 saat memaparkan penunggang motosikal terkena belakang lori simen tersebut.



Difahamkan, dalam kejadian jam 9.33 pagi penunggang motosikal tersebut hanya mengalami bengkak dan calar sahaja.

Seorang pengguna Facebook dikenali Noor Nazrah memaklumkan kejadian tersebut adalah melibatkan suaminya selepas hantaran video itu tersebar di Facebook. Wanita itu menzahirkan perasaan takutnya apabila baharu menyaksikan video tersebut.

“Allahuakbar rider itu suami saya. Gigil satu badan baru tengok video ini. Allah Maha Baik, suami saya selamat dan Allah lindungi. Hargai orang yang kita sayang. Allahuakbar.

“Semua Allah tolong dari cara dia nampak lori tu dekat dengan dia terus elak dan dari dia jatuh dari moto, itu semua Allah tolong,” katanya.

Seorang pengguna Facebook memuji tindakan refleks penunggang tersebut dengan fokus semasa membawa motor.

Noor Nazrah membalas dengan menyatakan perasaan syukur kerana kejadian itu berlaku ketika suaminya pergi kerja.

“Alhamdulillah masih boleh fokus. Selalu kalau balik kerja dah hilang fokus sebab letih. Apapun semua kehendak Allah,” jelasnya.

Ketika ditanya pengguna mengenai status terkini keadaan suaminya, wanita itu menjelaskan hanya bengkak dan calar sahaja.

“Dah buat Xray, semua Alhamdulillah tiada yang serius,” katanya.

VIDEO

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here