Malaysia Motor Expo (MMM) adalah satu daripada pameran kereta terbesar di Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada hujung minggu lalu.
Pelbagai aktiviti menarik disusun dengan kehadiran pelbagai jenama dan kereta yang diubah suai sama ada dari dalam dan juga luar negara.
Bukan itu sahaja, MME turut memberi tumpuan terhadap mempromosikan kenderaan tenaga baharu.
Tujuan utama pameran itu diadakan bukan sekadar untuk menjual kereta, tetapi juga untuk mempromosikan inisiatif penyahkarbon dari kerajaan.
Pada masa sama, kerajaan komited untuk meningkatkan kemampanan, daya tahan dan daya saing pergerakan global seiring dasar auto negara untuk menggalakkan kenderaan yang bertenaga cekap termasuk kenderaan elektrik, bateri dan sel bahan api.
MMM ini dianjurkan oleh Malaysia Automotive Robotics and IoT Institute (MARii) dengan kerjasama Cars Bikes Trucks (CBT) dan juga International AutoModified (IAM).
Sejak 10 tahun yang lalu, MARii menganjurkan beberapa pameran auto di Malaysia dan kali ini disertai pula oleh CBT serta IAM.
Teks/gambar : Media KZ Garage