Gara-gara tak reti hidupkan motor guna penendang kaki, wanita ini menangis tepi jalan

1037

Setiap individu pasti ada kisah lucu mahupun pahit berkaitan dengan motor. Kalau penulis pengalaman pertama belajar menunggang motor terwheelie sejauh satu tiang lampu jalan. 

Tetapi bagi wanita ini lain pula ceritanya yang dikongsi di akaun TikTok. Dia merakamkan momen sedih tersadai di bahu jalan gara-gara tidak boleh menghidupkan enjin motor. 

“22 tahun, pandai bawa motor tapi tak pandai start motor, nangis tepi jalan itulah saya,” tulisnya.



@dyhamran00

Mengstress

♬ suara asli – BEKEN – BEKEN

Wanita berkenaan memberitahu dia dalam perjalanan temuduga kerja ketika kejadian berlaku. 

Disebabkan tidak tahu menghidupkan motor menggunakan penendang kaki, cermin sisi Modenas Kriss berkenaan turut patah.

Wanita itu juga berkongsi turut menggunakan cara menuruni bukit lalu memasukkan gear namun gagal menghidupkan motor tersebut. 

“Ni lah dugaan nak gi interview kerja lepas je boleh start balik tu lalu saya bergerak tenangkan diri dan pulang tak jadi pergi interview,” tulisnya di ruangan komen.

Selepas dua bulan, dia berkongsi membeli motosikal baharu dan tidak akan menangis lagi di tepi jalan gara-gara penendang kaki motor. 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here