Perodua Alza dapat 5-bintang Asean NCAP, lebih tinggi berbanding Veloz

1549

Perodua Alza (2022) menjadi kereta pertama Malaysia lulus Ujian Perlanggaran Asean NCAP dengan penarafan lima bintang.

Model yang diuji adalah Perodua Alza 1.5 X yang dijalankan di makmal PC3 Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).



Protokol baharu Asean NCAP memberi penekanan tinggi pada ciri keselamatan ADAS yang merangkumi ujian brek kecemasan autonomi (AEB) dan keselamatan penunggang motosikal. 

Baca juga >>  Alza sudah ada ketersambungan Apple CarPlay

Daripada segi perlindungan penumpang dewasa Alza merekodkan kutipan poin 28.96 daripada poin penuh 32. Sebagai perbandingan, Veloz pasaran Thailand merekodkan 27.90 poin bagi bahagian tersebut. 

Manakala kategori perlindungan penumpang kanak-kanak mencatatkan 16 poin bagi bahagian depan dan 8 poin untuk bahagian sisi. 

Baca juga >>  Alza (2022): 5 ciri baharu yang anda perlu tahu MPV generasi kedua ini

Markah keseluruhan keselamatan perlindungan bagi kanak-kanak adalah 43.04 poin berbanding mata penuh 51 iaitu sedikit lebih rendang berbanding Toyota Veloz 43.78 poin. Bagi ujian AEB, Alza memperoleh skor penuh. 

Secara keseluruhan, Perodua Alza memperoleh 81.64 poin daripada 100, sedikit lebih baik berbanding Veloz dengan 79.99 poin.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here