Polis Thailand sedang mencari pemandu BMW dalam kejadian langgar lari seorang gelandangan di Bangkok, Thailand, semalam.
Pada jam 11 malam, pegawai dari Balai Polis Bang Khun Thian menerima laporan mengenai kemalangan maut di jalan keluar Ekachai Road Soi 76 di daerah Bang Bon, Bangkok.
Polis menemui mayat Boonsri Phunamdee,52 terbaring di lorong kanan jalan dengan kesan luka di kepala, muka dan tangan kanan. Beg-beg berisi pakaian dan barangan mangsa berselerak di jalan.
Seorang saksi Wirat Charoenjaratlert,60 berkata dia memandu pulang bersama anak perempuannya di sepanjang Jalan Ekachai.
Wirat berkata, dia memperlahankan kenderaannya apabila melihat Boonsri melintas jalan bersama barang-barangnya. Tiba-tiba, sebuah BMW X1 berwarna putih, pendaftaran Bangkok, datang laju di lorong kanan dan melanggar Boonsri.
Wirat berkata, dua buah kereta yang datang dari belakang melanggar mangsa. Namun, pemandu BMW berkenaan tidak berhenti dan Wirat cuba mengejar untuk mendapatkan nombor plat.
Selepas mendapat nombor plat yang dirakam kamera papan pemuka keretanya dia membuat laporan ke balai polis.
Polis berkata Boonsri adalah gelandangan dari wilayah Kalasin di timur laut Thailand yang baru-baru ini tidur di perhentian bas kawasan itu.
Polis masih belum mengenal pasti pemandu BMW tetapi menggunakan pendaftaran keretanya untuk mengesannya. Dia akan didakwa mengikut undang-undang, kata polis.
Bulan lalu, seorang penyapu jalan maut dalam langgar lari di Bangkok. Tiada rakaman CCTV dan polis tidak dapat mengesan pemandu.