Masa kini sudah ada kesedaran dalam kalangan pengguna pentingnya memiliki kamera papan pemuka sebagai sebahagiaan daripada langkah berhati-hati terutama apabila berlaku kemalangan atau berdepan samseng jalan raya.
Namun, lain pula bagi rider Grab ini yang mengambil langkah berjaga-jaga mahupun pencegahan tambahan apabila memasang bukan satu namun empat buah kamera pada helmetnya.
Menerusi video yang dikongsi seorang pengguna TikTok menunjukkan rider meletakkan empat kamera pada ruang sudut rakaman berbeza. Adegan lucu itu disertakan dengan kapsyen video “Ni kalau tahi burung jatuh je tak dapat rakam.”
Mengapa rider berkenaan tidak menggunakan kamera 360 sahaja?. Perkongsian video itu mendapat perhatian dan komen lucu daripada netizen yang mana antaranya menganggap Abang Grab berkenaan sedang membuat pemetaan Google.
“Kartacam 360. update peta sambil deliver barang.”
“Google map tolong ambik die kerja.. sbb ada bakat…”
“Org yg sgt bijak ! klo JD apa2 bukti ada sng nk settle .. slh sapa kita blh play back je video yg dh ada.”
“Abang tu tengah update jalan pintas untuk rider dekat google map.”
@norhalimsadri Ni kalau tahi burung jatuh je x dapat rakam 😝… #fyp #fypシ #gopro #grab