Baru-baru ini Lewis Hamilton berkongsi video memandu sebuah Nissan Skyline R34 GT-R sekitar Jepun.
Bagaimanapun tindakan itu mendapat kecaman daripada beberapa warga maya selepas beliau berkongsi video aksi pemanduan lasak malam berkenaan di akaun Instagram miliknya.
View this post on Instagram
Pada hantaran itu dia menulis kapsyen, “Saya hanya suka memandu di trek, tetapi saya buat pengecualian.”
Baca juga >> Nissan Skyline R34 GT-R Nismo CRS sifar perbatuan dijual pada harga RM3.1 juta
Baca juga >> Nissan Skyline GT-R R34 V-Spec II Nur Ini dijual pada harga RM2 juta di Malaysia
Klip video itu menunjukkan meter kelajuan Hamilton menghampiri 160kmj ketika dia memandu sekitar Lebuhraya Tokyo yang melebihi had laju 60kmj.
Had kelajuan kenderaan di Jepun 100kmj di lebuhraya kebangsaan manakala had laju tertinggi di negara tersebut adalah di beberapa bahagian lebuhraya Shin-Tomei dan Lebuhraya Tohoku pada 120kmj.
Selepas membuat beberapa aksi donat di parkir kosong, asap boleh dilihat naik dari dalam batang gear kereta sambil Hamilton ketawa.
Bintang lumba F1 itu mendapat kecaman daripada peminat Jepun kerana menyiarkan video itu yang memberitahu kelajuannya dilarang sama sekali.
こちらはおもしろレンタカーの車ですが、これは弊社が許可をして撮影されたものではありません。このような走行は一切禁止しております。 https://t.co/5Ud0stH44t
— おもしろレンタカー 中のひと (@info82262789) November 24, 2022
Selain itu, video berkenaan bukan sahaja mendapat kecaman netizen bahkan mengecewakan pemilik kereta sewa, Omoshiro Rent-A-Car.
“Ini adalah kereta dari Omoshiro Rent-A-Car, tetapi ia tidak diambil dengan kebenaran daripada syarikat kami. Memandu sedemikian dilarang sama sekali,” tweet mereka.
Omoshiro yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa klasik dan eksotik mengeluarkan kenyataan media bahawa video itu dirakamkan ketika hujung minggu GP Jepun F1. Kebarangkalian Hamilton atau pihak yang berkaitan menyewa kereta itu.
Setakat ini, Hamilton belum membuat kenyataan mengenai kejadian itu.