Pengguna lebuh raya laluan Ipoh Utara-Ipoh Selatan (Arah Selatan) di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka susulan penutupan sementara laluan itu bagi latihan simulasi kecemasan pada 30 November (Rabu) 2022, mulai jam 10:00 pagi hingga 2:30 petang.
Sepanjang tempoh itu, pengguna daripada utara/Kuala Kangsar yang menghala ke selatan/Kuala Lumpur akan dilencongkan ke Plaza Tol Ipoh Utara dan seterusnya dinasihatkan untuk menggunakan Jalan Persekutuan (FT240) iaitu Jalan SUSUR Jelapang-Ampang sepanjang latihan simulasi tersebut berlangsung.
Pengguna boleh meneruskan perjalanan ke Selatan dengan memasuki semula Lebuhraya Utara-Selatan menerusi Plaza Tol Ipoh Selatan.
Latihan simulasi tersebut diadakan bagi menguji tahap kecekapan, masa tindak balas dan tindakan yang diambil ole PLUS, pasukan penyelamat seta agensi yang terlibat dalam menghadapi situasi kecemasan, mengkaji dan memeriksa aliran proses prosedur keselamatan di lebuh raya.
Latihan kecemasan kali in akan melibatkan agensi-agensi yang terbabit antaranya Lembaga Lebuhraya Malaysia, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Alam Sekitar, Angkatan Pertahanan Awam, MERS 999, Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia, MIROS, Edgenta Infrastructure Services (EIS) dan sebagainya.
Pengguna lebuhraya dinasihatkan supaya mimatuhi semua papantanda trafik serta arahan yang dikeluarkan ole petugas PLUS ketika latihan diadakan.
Pengguna lebuh raya bole menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 untuk mendapatkan maklumat trafik atau sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan.