Tiga migran bertahan 11 hari atas kemudi kapal tangki dari Nigeria ke Sepanyol

996

Tiga migran tiba di Pulau Canary, Sepanyol dengan menumpang di atas kemudi sebuah kapal tangki dari Nigeria selama 11 hari.

Menurut laporan, lelaki tersebut mengalami gejala dehidrasi dan hipotermia dan pihak berkuasa Sepanyol segera menghantar mereka ke hospital untuk mendapatkan rawatan.



Kejadian itu dikongsi oleh laman web Keselamatan dan Penyelamat Maritim Sepanyol,  Salvamento Marítimo pada hari Isnin.

Ia mendedahkan tiga pendatang berkenaan duduk di atas kemudi kapal tangki minyak Alithini II yang berlepas dari Lagos, Nigeria pada 17 November dan tiba di Las Palmas pada Isnin. Namun, ketiga-tiga migran berkenaan dihantar pulang. 

Las Palmas ialah ibu kota Gran Canaria, salah satu Kepulauan Canary Sepanyol yang terletak di luar pantai barat laut Afrika.

Pulau tersebut menjadi lokasi pintu masuk popular migran Afrika untuk masuk ke Eropah kerana jaraknya 100km ke barat Maghribi lokasi terdekat mereka dengan benua Afrika.

Walaupun berbahaya, ia bukan kali pertama penumpang haram ditemui menaiki kemudi kapal komersial ke Pulau Canary.

Tahun lalu, seorang budak lelaki Nigeria berusia 14 tahun ditemubual oleh akhbar El País Sepanyol selepas bertahan dua minggu di atas kemudi kapal yang berlepas dari Lagos.

Pada Oktober 2020, empat orang lagi ditemui polis di Las Palmas selepas menyeludup melalui kemudi kapal tangki minyak dari Lagos selama 10 hari.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here