‘Test market’ pemilik tawar Honda EX5 Thailook RM5k

3020
Honda EX5 merupakan kapcai yang begitu dekat dengan hati rakyat Malaysia sejak 1957. Sehingga kini model tersebut masih kekal relevan dan dijual di pasaran.
 
Motosikal cub berkenaan bukan sahaja menjadi pilihan dewasa bahkan anak muda kini. Di samping mengekalkan penampilan asli, ada pengguna yang memilih penggayaan EX5 yang dijual di negara Asean lain.
Misalnya pemilik Honda EX5 Dream Fi (2019) ini yang memilih modifikasi gaya Thailand (Thailook). 
 
Penggayaan sedemikian sebenarnya banyak dilakukan oleh kaki motor yang berada di utara Malaysia misalnya Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.
 
Sentuhan motosikal acah negara jiran itu hanya memerlukan komponen cub dari Thailand kemudian dipasang ke EX5 anda. 
 
Cuma untuk mendapatkan komponen dari Thailand sedikit mencabar kerana perlu ditempah secara online. Bahkan Super Cub 2016 di Thailand sudah tidak dikeluarkan lagi, jadi ada sebahagian komponen sukar didapati.
 
Namun, buat anda yang inginkan sebuah kapcai yang sudah diubah menjadi Thailook bolehlah pertimbangkan jentera milik Eirwan Ahmad ini.
 
Menerusi perkongsian di grup Facebook EX5 fi Malaysia, dia berkongsi ingin melepaskan motor cub berkenaan pada harga RM5,000.
 
“Dah tua malas nk bela.. bagi yg rajin plak,” kongsinya di ruangan komen. 
 
Berdasarkan pemerhatian di akaun Youtube Eirwan, sejak tiga tahun pemilikan dia  menunggang motor berkenaan sehingga ke Pattaya Bike Week selain digunakan untuk perkhidmatan Grab Food mahupun perkhemahan.
 
Bagaimanapun, jualan itu tidak disertakan dengan kotak GIVI. Berikut modifikasi yang dilakukan pada kapcai tersebut:
  • Set cover asli Honda Vietnam
  • Visor penghadang angin Honda H2C asli Thailand
  • Pelana tunggal Honda H2C asli
  • Rim aloi Takasago Excel
  • Bakul depan asli supercub Thailand
  • Kepok asli supercub
  • Kunci versi Thailand
  • Penyerap hentak Racing Boy
  •  Arm King Drag asli


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here